KOD ETIKA DAN TINGKAH LAKU
(Kenyataan Amalan Insurans Hayat)
PENGENALAN
Kenyataan ini merujuk kepada
insurans hayat (kedua-dua insurans
hayat rumah ke rumah dan insurans
hayat biasa). Walaupun kenyataan
ini tidak berbentuk mandatori, tetapi
ia akan diiktiraf sebagai satu amalan
insurans yang umum; namun begitu
adalah difahamkan dalam situasisituasi
yang terkecuali, kenyataankenyataan
ini adalah tidak sesuai
untuk digunakan.
Insurans hayat merupakan satu
perkhidmatan sosial dan tujuan
industri adalah untuk mengurangkan
peraturan-peraturan yang terlibat
(sekaligus mengurangkan perbelanjaan
pihak pemunya polisi dan
penuntut polisi) di dalam pengeluaran
polisi hayat yang baru dan pembayaran
wang tuntutan. Peraturanperaturan
dikenakan untuk melindungi
sebahagian besar pemunya-pemunya
polisi akibat daripada penyembunyian
maklumat oleh segolongan kecil
pihak pencadang dan tuntutan yang
tidak betul.
Untuk menjamin bahawa garis
panduan tersebut dipatuhi, jawatankuasa
Audit/Disiplin penanggung
insurans (yang ditubuhkan selaras
dengan fasal 2(c) Bahagian I) akan
bertanggungjawab untuk mengawasi
dan memastikan bahawa penanggung
insurans (yang merujuk kepada
Bahagian II) mematuhi garis panduan
tersebut. Jawatankuasa Audit/Disiplin
juga bertanggungjawab mengemukakan
laporan ringkas secara suku
tahunan kepada Bank Negara
Malaysia mengenai semua pelanggaran
yang telah didapati dan
sebarang langkah pembetulan atau
hukuman yang telah diambil.
1. Tuntutan
(a) Seseorang penanggung
insurans tidak akan menolak
sebarang tuntutan tanpa alasan
yang munasabah. Khususnya,
seorang penanggung insurans
tidak boleh menolak sesuatu
tuntutan atas dasar ‘penyembunyian
maklumat’ atau
‘pernyataan silap’ terhadap
perkara yang di luar pengetahuan
pencadang melainkan
atas situasi yang tercatat di
dalam proviso polisi atau
proviso-proviso Akta Insurans
1996.
(b) Dalam sebarang keadaan
mengenai had masa untuk
membuat laporan tuntutan,
pihak penuntut dikehendaki
supaya membuat laporan
tuntutan terlebih dahulu dan
melaporkan perkembangan
yang selanjutnya secepat
mungkin dalam tempoh masa
yang berpatutan.
(c) Bayaran tuntutan mesti dibuat
tanpa kelewatan sebaik sahaja
kejadian yang diinsuranskan
telah dibukti dan hak pihak
penuntut menerima bayaran
telah ditetapkan.
(d) Seorang penanggung insurans
tidak harus menerima sebarang
yuran perkhidmatan daripada
pemunya polisi atau daripada
orang yang menerima atau akan
menerima faedah polisi.
2. Borang Cadangan
Rekabentuk borang cadangan mesti
selaras dengan Bahagian III Kod
Amalan Baik untuk Perniagaan
Insurans Hayat.
14 LIAM
Kod Etika dan Tingkah Laku
(Edisi Kedua) – Februari 1999
(a) Jika borang cadangan memerlukan
pemberitahuan fakta-fakta
material, satu kenyataan mesti
dimasukkan di dalam deklarasi
atau ditunjukkan dengan nyata
di dalam borang atau dokumen
supaya:-
(i) dapat menarik perhatian
pemunya polisi tentang
akibat yang akan diterima
jika tidak memberitahu
kesemua fakta-fakta
material.
(ii) dapat memberi amaran
kepada penandatangan
yang merasa ragu-ragu
tentang sesuatu perkara
sama ada ia fakta material
ataupun tidak supaya
memberitahu kesemua
fakta-fakta tersebut.
(b) Penanggung insurans hayat
akan memberi pemunya polisi
satu salinan borang cadangan
yang berkaitan dengan polisi
bersama dengan polisi tersebut.
3. Polisi-polisi dan
Dokumen Sampingan
(a) Penanggung insurans akan
senantiasa berusaha untuk
memperbaiki borang cadangan
dan dokumen-dokumen polisi
supaya lebih ringkas dan mudah
difahami tanpa mengubah ciriciri
kontrak insurans dari segi
undang-undang.
15 LIAM
Kod Etika dan Tingkah Laku
(Edisi Kedua) – Februari 1999
(b) Polisi insurans hayat atau
dokumen sampingan mesti
menyatakan sama ada
pemunya polisi mempunyai
hak-hak ke atas nilai serahan di
dalam sesuatu kontrak dan jika
ada nyatakan apakah hak-hak
tersebut.
(Nota:- Bahan-bahan ilustrasi jualan
mestilah dapat memberi kefahaman
dan keyakinan kepada pencadang
bahawa insurans hayat seumur hidup
atau insurans endowmen adalah
bertujuan sebagai kontrak jangka
panjang dan nilai serahan
terutamanya pada tahun-tahun awal
adalah kurang daripada jumlah premium
yang telah dibayar. Polisi tidak
seharusnya mempunyai nilai tunai
apabila dibatalkan kecuali selepas
pemunya polisi telah membayar
premium selama tiga tahun ataupun
lebih.)
## pesanan saya : dalam konteks nilai serahan , siapakah yang bersalah:
adakah ; agen atau ANDA yang bersalah?
terlalu ramai di kalangan orang Melayu Islam yang berhenti awal dan akhirnya , tiada atau terlalu sedikit Nilai Tunai yang diperolehi....